This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, January 1, 2015

Taubat Seorang Hamba


Buat Perubahan Jiwa ke Arah Yang Lebih Baik

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara :

1.      Hak kepada diri
Iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2.      Hak kepada Malaikat Maut
Iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH S.W.T.

3.      Hak Kepada Kubur
Iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4.      Hak Kepada Malaikat Mungkar dan Nakir
Iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat

5.      Hak Kepada Mizan
Iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6.      Hak Kepada Titian Sirat
Iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, membantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah

7.      Hak Kepada Malaikat Malik
Iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH S.W.T. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8.      Hak Kepada Malaikat Ridwan
Penjaga Syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH S.W.T. sabar menerima  bala’ dan bertaubat.

9.      Hak Kepada Rasulullah S.A.W.
Iaitu dengan sering berselawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak Kepada ALLAH
Iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada  melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang yang lain.. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalah”.

SENTIASALAH MEMBERI SALAM

Berapa kalikah di dalam sehari kita memberi salam sesama muslim apabila bertemu atau menelefon? Berbahagialah mereka jika sentiasa memberi salam setiap kali bertemu dengan sesama muslim kerana sifat seperti inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada umatnya.

Syariat menggalakkan kita menebarkan salam kepada saudara seagama tidak kira di mana (bukan tempat yang tidak sesuai) dan siapa sahaja. Ini kerana, salam yang diucapkan akan membuka hubungan silaturahim, merapatkan jurang dan tanda kemesraan dihulurkan kepada penerima salam tersebut.

Ucapan salam merupakan ucapan yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada orang yang diberi dan menjawabnya adalah wajib. Apakah hikmah Rasulullah S.A.W. berpesan supaya sentiasa memberikan salam? Sudah tentulah dengan memberi salam sama ada kepada orang kita kenal atau tidak, secara tidak langsung akan menjalinkan hubungan harmoni dan menunjukkan betapa hubungan sesama umat Islam sentiasa bersatu padu.

Kenyataan ini jelas apabila Rasulullah S.A.W. pernah berpesan, Apakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan, kamu akan bersatu pada dan berkasih sayang iaitu menyebarkan assalamualaikum di antara kamu.”

Ucapan memberi salam merupakan satu amal perbuatan yang dituntut kerana Rasulullah S.A.W. sendiri pernah mengingatkan, “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat rupa kalian begitu juga dengan harta tetapi ALLAH melihat hati dan amal perbuatan yang dilakukan.”

Jelaslah di sini Rasulullah S.A.W. berpesan supaya mengamalkan memberi salam kepada sesama Islam kerana ia merupakan satu amal dan adakah kita sudah menyediakannya sebagai bekalan pada hari akhirat kelak? Ia juga akan dihitung sebagai timbangan amal perbuatan kita.

Ibrahim Adham, seorang ahli sufi terkenal mengingatkan, “Ucapan salam yang ikhlas akan menghindarkan kita daripada kejahatan dan musibah sebagaimana ucapan fitnah yang membawa kepada dosa. Selain itu memberi salam juga merupakan satu sedekah yang digalakkan di dalam Islam.”

Secara tidak langsung ia akan menghindarkan seseorang itu daripada sifat dengki, tamak, sombong, angkuh, baran, dan sikap negatif yang suka menyakitkan hati orang.

Keutamaan memberi salam juga ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W. katanya, “Demi diriku di tangan-NYA, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah aku tunjukkan kepada satu pekerjaan yang akan menambah kasih sayang sesama kamu? Iaitu kamu hendaklah sebarkan salam di antara kamu.”

Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Anas bin Malik, katanya, “ Hai Anas, mahukah aku ajarkan kepadamu tiga perkara yang berfaedah?”

“Sudah tentu Ya Rasulullah, apakah dia?”

Lalu jawab Rasulullah S.A.W., “ Apabila engkau bertemu dengan umatku hendaklah engkau memberi salam kepadanya, nescaya panjang umurmu. Jika engkau masuk ke rumah, berilah salam supaya banyak kebajikan di rumah engkau dan hendaklah engkau solat dhuha kerana ia adalah solat orang yang beriman.”

Sementara itu, Abdullah bin Amru bin Al-As menceritakan, “ Seseorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW : apakah yang terbaik di dalam Islam?”

Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab, “Memberi makan dan memberi salam  kepada orang yang engkau kenal atau tidak.”

Dalam satu perkembangan lain, Rasulullah S.A.W. berpesan kepada umatnya, “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam dan berilah makanan dan hubungilah keluarga dan solatlah pada waktu malam ketika orang sedang nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat sejahtera.”

Sebagaimana peraturan hidup yang lain, di dalam memberi salam juga ada peraturannya. Bukhari dan Muslim menceritakan daripada hadis, Rasulullah SAW berkata, “Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan golongan yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang banyak.”

Sebaik-baik umat di sisi ALLAH ialah mereka yang mengutamakan memberi salam sesama Islam seperti yang diceritakan oleh Abu Umamah Al-Bahili bahawa Rasulullah SAW berkata, “Seutama-utama manusia di sisi ALLAH ialah terlebih dahulu memberi salam.”

Demikian, Rasulullah SAW berpesan agar memulakan harian hidup dengan memberi salam kepada sesiapa yang ditemui sebagai satu jalan langkah memanjangkan silaturahim dan membanyakkan kasih sayang.


Sunday, December 28, 2014

10 Amalan Dan Ibadah Rasulullah SAW

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diutuskan sebagai rasul terakhir sentiasa menyeru manusia ke arah kebaikan. Bagi menjamin kebahagian dunia dan akhirat pula, kaum mulimin disaranankan agar memantapkan jiwa tauhid mereka dengan mencontohi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Firman Allah SWT:

33:21

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu , iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”  (Surah Al-Ahzab; Ayat,21)


10 Amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Di antara amal ibadah yang dilakukan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam adalah:


1.     Wuduk Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam


# Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam keluar dari tandas, Kemudian dihidangkan kepadanya makanan,  lalu para sahabat bertanya: “Apakah kami perlu menyediakan bagi Tuan air wuduk’?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya daku disuruh berwuduk apabila daku akan melakukan solat.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’, dari Isma’il bin Ibrahim, dari Ayyub, dari Ibnu Mulaikah yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)

# “Aku baca dalam Taurat bahawa berkah makanan itu kerana berwuduk sebelum makan dan berwuduk sesudahnya. Hal tersebut kutanyakan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan aku nyatakan apa yang pernah kubaca dalam Taurat itu; Maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Berkah makanan itu disebabkan berwudhu sebelum makan serta sesudahnya.” (Diriwayatkan oleh Yahya bin Musa, dari Abdullah bin Numair, dari Qeis bin Rabi’*. Hadist ini pun diriwayatkan pula oleh Qutaibah, dari `Abdul Karim al Jurjani, kedua riwayat itu bersumber dari Qeis bin Rabi’, dari Abi Hisyam Adahzadan yang bersumber dari Salman r.a.)
 * Qeis bin Rabi’ menurut Ibnu Ma’in periwayatannya da’if namun diterima oleh Ibnu Majah dan Abu Daud.


2.     Membaca Al-Quran


# “Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a.: “Bagaimanakah bacaan (Al Qur’an) RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam?” Beliau menjawab: “Bermad (bertajwid).” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Wahab bin Jurair bin Hazim, dari ayahnya, yang bersumber dari Qatadah r.a.)

# “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memotong bacaannya (pada setiap ayat). Beginilah cara membacanya: “Alhamdulillahi Rabbil Alamin”, kemudian Baginda berhenti. Seterusnya dibaca: “Arrahmanirrahim”, kemudian Baginda berhenti. Lalu dibaca lagi: “Maliki yaumiddin”.” (Diriwayatkan oleh Ali bin Hujr, dari Yahya bin Sa’id al Umawi, dari Ibnu Juraij, dari Ibnu Abi Mulaikah, yang bersumber dari Ummu Salamah r.a.)


3.     Solat Sunat Di Rumah


# “Aku bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tentang solat di rumah dan solat di masjid.” Baginda bersabda: “Sungguh, kau melihat sendiri, alangkah dekatnya rumahku dengan masjid. Sesungguhnya aku lebih suka solat di rumah daripada solat di masjid, kecuali solat itu solat fardhu.” (Diriwayatkan oleh `Abbas al Anbari, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Mu’awiyah bin Shalih, dari al A’la bin Harits, dari Haram bin Mu’awiyah, yang bersumber dari bapa saudaranya Abdullah bin Sa’ad r.a.)

# “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak wafat, sampai kebanyakan solatnya (solat sunnat) dilaksanakan dalam keadaan duduk.” (Diriwayatkan oleh al Hasan bin Muhammad az-Za’farani, dari al Hajjaj bin Muhammad, dari Ibnu Juraih, dari Utsman bin Abi Sulaiman, dari Abu Salamah bin Abdurrahman, yang bersumber dari Aisyah r.a.)


4.     Solat Rawatib


# “Aku pelihara amalan-amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berupa solat lapan rakaat,  dua rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah solat Maghrib dan dua rakaat sesudah solat Isyak.” Seterusnya IbnuUmar berkata: “Hafshah menceritakan kepadaku perihal dua rakaat Solat Fajar. Tapi aku tak pernah melihatnya dilakukan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Marwan bin Mu’awiyah al Farazi, dari Ja’far bin Burqaq, dari Maimun bin Mihran, yang bersumber dari Ibnu `Umar r.a)
Disebabkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat Fajar di rumahnya, maka Ibnu Umar tidak pernah melihatnya. Hafshah (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) dan abangnya Ibnu Umar, keduanya adalah putera Umar bin Khathab r.a.


5.     Solat Dhuha


# “Aku mendengar Mu’adzah (binti Abdullah al-Adawiyah) sebagai berikut: “Aku bertanya kepada Aisyah r.a.: “Apakah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallammengerjakan solat pada waktu Dhuha?” Aisyah r.a. menjawab: “Benar, Baginda melakukan empat rakaat. Dan kadang-kadang Baginda menambah lagi sebanyak yang dikehendaki Allah Azza wa Jalla.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Abu Daud at Thayalisi, dari Syu’bah, dari Yazid ar Risyk, yang bersumber dari Mu’adzah r.a.)

# “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat empat rakaat sesudah tergelincir matahari, sebelum solat Zohor.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya waktu itu merupakan masa pintu-pintu langit terbuka. Maka aku menyukai amal soleh ku diangkat pada saat itu.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin al Mutsana, dari Abu Daud, dari Muhammad bin Muslim bin Abil Wadldlah, dari Abdul Karim al Jazari, dari Mujahid, yang bersumber dari Abdullah bin as Saib r.a.)


6.     Solat Tahajjud


# “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berdiri (solat) hingga bengkak kedua kakinya. Kepadanya ditanyakan: “Mengapa Tuan membebani diri dengan hal yang demikian? Bukankah Allah SWT telah mengampuni Tuan dari segala dosa, baik yang terdahulu mahu pun yang akan datang?” Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:“Tidak patutkah daku menjadi hamba Allah yang bersyukur?” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, juga oleh Basyar bin Mu’adz, dari Abu `Awanah,dari Ziyad bin `Alaqah, yang bersumber dari al Mughirah bin Syu’bah r.a.)

# “Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solat malam hari tiga belas rakaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Kuraib Muhammad bin al A’la, dari Waki’, dari Syu’bah, dari Abi Jamrah,yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)

# “Sesungguhnya apabila Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak sempat solat malam hari kerana tertidur atau berat rasa ngantuknya, maka Baginda lakukan solat dua belas rakaat di siang hari.” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Abu `Awanah, dari Qatadah, dari Zurarah bin Aufa, dari Sa’id bin Hisyam, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)

# “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melaksanakan solat di malam hari sebelas rakaat. Rasulullah lakukan solat witir (ganjil) satu rakaat. Apabila Baginda selesai melakukan solat itu, Baginda berbaring dengan lambung kanannya di sebelah bawah.” (Diriwayatkan oleh Ishaq bin Musa, dari Ma’an, dari Malik, dari Ibnu Syibab, dari Urwah,yang bersumber dari `Aisyah r.a.)


7.     Solat Witir


# Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali.  dari Abu Hurairah, Rasullulah   Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

# Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”   (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)


8.     Zikir Rasulullah SAW


# Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.; “Beberapa orang miskin (fakir) menemui Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan berkata, “Orang kaya akan mencapai darjat tinggi dan kesenangan yang tetap, dan mereka mengerjakan solat seperti kami dan puasa seperti kami pula. Mereka memiliki harta yang lebih sehingga mampu melaksanakan ibadah Haji dan Umrah; berperang di jalan Allah dan menderma.”

# Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Mahukah kukatakan sesuatu kepada kamu yang apabila kamu kerjakan, kamu akan mampu mengejar orang-orang yang mengunggulimu? Tidak ada yang akan melebihi kamu dan darjat kamu akan lebih baik dari orang-orang yang hidup bersama kamu kecuali yang mengerjakan hal yang sama. Ucapkanlah Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah), & membaca takbir (Allahu Akbar), masing-masing 30 kali setiap kali selesai mengerjakan solat.”

Perawi hadis ini berkata, “Kami berbeza pendapat mengenai hal ini dan sehagian dari kami berkata bahawa kami harus mengucapkan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 34 kali. Aku menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda bersabda, “Ucapkanlah; Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.”(Sahih Bukhari, Hadis No.: 479)

# Dari Jabir bin Abdullah ra., Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Zikir yang paling utama adalah Laa ilaaha illallaah dan doa yang paling utama adalah Alhamdulillah.” (HR. Tirmidzi)


9.     Puasa Sunat


# “Aku melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali pada bulan Syaaban dan Ramadhan. (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan, dari Manshur, dari Salim bin Abil Ja’di, dari Abi Salamah, yang bersumber dari Ummu salamah r.a.)

# “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berpuasa pada awal bulan selama tiga hari pada setiap bulan, dan jarang sekali Baginda tidak berbuka pada hari Jumaat.” (Diriwayatkan oleh al Qasim bin Dinar al Kufi, dari Ubaid bin Musa, dan diriwayatkan pula oleh Thalaq bin Ghanam, dari Syaibani, dari `Ashim, dari Zirin bin Hubaisy, yang bersumber dari Abdullah r.a.)

# “Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersungguh-sungguh mengamalkan puasa hari Isnin dan Khamis.” (Diriwayatkan oleh Abu Hafsah, Umar bin Ali, dari Abdullah bin Daud, dari Tsaur bin Yazid, dari Khalid bin Ma’dan, dari Rabi’ah al Jarsyi, yang bersumber dari Aisyah r.a.)


10.  Sedekah


# Diriwayatkan ketika Sayyidatina Aishah dikunjungi peminta sedekah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam meminta Aisyah memberikan separuh daripada kurma yang mereka ada kepada seorang hamba kerana ia sudah mencukupi untuk Aisyah dan juga kepada hamba itu.

# Daripada Anas bin Malik meriwayatkan, “Seorang lelaki daripada kaum Ansar datang menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan meminta sesuatu daripada Baginda.Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berasa ihsan lalu berusaha membantu lelaki Ansar mencari modal dengan melelong dua barang yang ada pada lelaki itu kepada sahabat yang hadir dan berjaya mendapatkan dua dirham.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyerahkan wang itu kepada lelaki Ansar berkenaan lalu berkata: “Belikan satu dirham untuk keperluan keluargamu dan satu dirham lagi belikan sebilah kapak dan engkau kembali ke sini.” Beberapa ketika kemudian lelaki itu kembali semula menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamdengan membawa sebilah kapak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melengkapkan kapak itu dengan membuatkan pemegangnya terlebih dahulu dan berkata, “Pergilah cari kayu api sebanyak mungkin lalu hasilnya kamu jualkan di pasar.” Lelaki itu akur melaksanakan apa yang disaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dua bulan berlalu lelaki itu menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaporkan hasil kerjanya yang berjaya meraih wang sebanyak sepuluh dirham. Kemudian Baginda meminta wang perolehan itu digunakan untuk membeli pakaian dan makanan keluargalelaki Ansar tersebut.”

# Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At-Tirmidzi) ~ Abdullah bin Harits, pernah ditanyakan tentang Baginda: Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (HR Tirmidzi).

# Ibn Abbas melaporkan: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang paling dermawan dan Baginda lebih dermawan lagi pada Ramadhan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)


والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Friday, December 26, 2014

Persiapakanlah 7 Bekalan Untuk Menghadapi Saat Kematian

Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud : "Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong, dan dikatakan kepadanya, "' Siapakah yang dapat menyembuhkan'. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Rabbmulah pada hari itu kamu dikembalikan." (Surah al-Qiyamah ayat 26-30).

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali."(Surah al-Anbiyak ayat 35)

Hidup dizaman kemajuan ICT dan dunia tanpa sempadan, kejadian mati mengejut dan mati ditimpa musibah adalah sesuatu perkara biasa. Di negara kita sendiri kematian disebabkan kemalangan jalan raya, mati disebabkan sakit jantung dan mati mengejut yang lain adalah beberapa kes kematian  yang sering berlaku setiap hari.

Soalannya, apakah persiapan kita bila mati datang mengejut? Adakah kita telah membuat persiapan sekiranya saat kematian itu datang? Ketika itu apakah yang dapat kita bawa bersama sebagai teman setia yang akan membantu kita menghadapi saat getir di alam barzakh?

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat tujuh amalan atau persiapan yg perlu kita lakukan sebelum ajal datang menjelma, maksudnya kita dah buat persiapan awal tanpa kita tunggu masa yg sesuai, selagi boleh kita buat kita terus melaksanakannya.

Amalan Pertama : Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar.

Rasulullah s.a.w. pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah : "Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah)."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa."

Rasulullah s.a.w .beristigfar lebih tujuh puluh kali sehari supaya lidah dan hati sentiasa menyebut dan mengingati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”(Surah Al-Anfal ayat 33)

Amalan Kedua : Betulkan solat kita dan cuba untuk khyusuk.

Jangan lambat-lambatkan solat bagi lelaki cuba solat berjemaah dimasjid. Solat adalah amalan yg pertama disemak di hari akhirat nanti jika solat diterima maka amalan lain juga akan diterima.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam solatnya."

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seorang akan diterima oleh Allah. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Oramg yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi kata-kata pujian kepada Allah.

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."(Hadis Riwayat Tirmizi)

Amalan Ketiga selesaikan semua hutang :

Roh seorang Mukmin yang beriman atau pun roh seorang syuhada akan tergantung diantara langit dan bumi kerana hutangnya yg belum diselesaikan. Jangan tanguh-tanguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.

Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak , isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut hadis org yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung dilangit dan semua amalannya tergantung.

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''(Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Oleh itu tulislah satu surat wasiat dan senaraikan semua hutang-hutang yang ada lengkap dengan jumlah dan nama dan alamat orang yang memberi hutang, serahkan kepada waris terdekat atau pemegang amanah (syarikat yang menguruskan wasiat) apabila mati datang mengejut urusan hutang-piutang ada pihak lain yang akan menyelesaikannya supaya  rohnya kembali kepada Allah s.w.t. dalam keadaan tenang tidak tergantung.

Amalan Keempat :Banyakkan sedekah jariah.

Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwaqafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewaqafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya.

Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut.

Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.  Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti  mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buku-buku pengetahuan yang berguna dan sebagainya. Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang solih yang berdo'a untuknya.” (Hadis Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad.)

Amalan Kelima :  Ilmu yang bermanfaat.

Iilmu yang dapat dimanfaatkan maksudnya ilmu yang diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan ia kemudiannya dimanfaatkan pula oleh orang lain, maka pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalkannya.

Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu agama dan juga ilmu mengenai dunia. Ilmu agama ialah al-Qur'an dan al-sunah serta segala cabangnya. Ilmu dunia ialah sains alam, dan pengurusan pentadbiran dan kenegaraan serta yang berkaitan dengannya.

Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Amalan Keenam : Anak yang soleh  yang mendo'akannya .

Anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang soleh dan sentiasa mendo'akan kesejahteraan ibu bapanya sesudah meninggal dunia. Hadis ini memberi jaminan do'a anak yang soleh kepada orang tuanya diterima Allah s.w.t.

Do'anya itu bukan sahaja rahmat kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup atau yang telah mati, tetapi akan membawa kebaikan dan pahala yang besar kepada anak itu sendiri. Sungguh beruntung anak yang sentiasa mengingati kedua ibu bapanya dengan mendoakan mereka selepas mengerjakan solat dan semasa berada pada hari baik bulan baik atau semasa berada di tanah suci yang sangat berkat dan mustajab doa padanya.

Sebaik-baiknya berdo'alah seperti berikut:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا. "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Menurut panduan al-Qur'an pada tiap-tiap kali seseorang itu berdoa memohon rahmat bagi dirinya ibu bapa dan kaum kerabatnya eloklah ia meluaskan do'anya itu sehingga meliputi umat Islam umumnya yang hidup dan yang mati.

Sebab itu eloklah ia mengakhiri doanya dengan menyebut: وَلِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ."Dan ampunilah dosa-dosa orang-orang Islam lelaki dan perempuan; dan dosa orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; yang hidup dan yang mati. Dengan kelimpahan rahmat-Mu wahai Tuhan yang tidak ada taranya tentang limpahan rahmat-Nya."

Di dalam Syurga, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”.

Firman Allah bermaksud : “Ini disebabkan do'a anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” (Riwayat Imam Ahmad - Mustika Hadis).

Amalan Ketujuh : Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka.

Tidak perlu menunggu Hari Raya. Dosa mengumpat, memfitnah, menyakiti hati orang dan mengambil hak mereka. Jika kita telah terambil hak atau barang-barang mereka maka pulangkanlah.

Anak segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapa. Isteri hendaklah segera memohon ampun kepada suami. Murid hendaklah memohon kemaafan kepada guru-guru. Kita hendaklah memohon maaf kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan dosa kerana Allah s.w.t. tidak akan mengampunkan dosa yang dibuat sesama manusia.

Sahabat yang dihormati,Amalkanlah tujuh perkara tersebut sebagai usaha-usaha kita semasa di dunia ini supaya apabila kita bertemu Allah di alam barzakh dan hari akhirat nanti kita telah membuat sesuatu yang dapat membantu kita dan menyelamatkan kita daripada halangan dan gangguan untuk mendapat keampunan di sisi Allah s.w.t.

Pepatah ada megatakan : "Sediakan payung sebelum hujan" untuk kita menghadapi saat kematian maka kita perlu sediakan tujuh perkara sebelum kita dipanggil pulang oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi direrdhaiNya. Maka masuklah ke dalam jema’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam Syurga-Ku” (Surah Al-Fajr ayat 27-30)

Tuesday, December 23, 2014

4 Pertanyaan Imam Ghazali pada Murid-muridnya

SUATU hari, Imam Ghazali bertanya, pertama. “Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. “Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah mati”. Sebab itu sudah janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati, (Al-Imran:185).”

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang.

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. “Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.”

Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, ”Apa yang paling besar di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab, “Gunung, bumi, dan matahari.”

“Semua jawapan itu benar,” kata Imam Ghazali. “Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’.(Al-A’raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.”

Pertanyaan keempat adalah, ”Apakah yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.

“Semua jawapan tersebut hampir benar,” kata Imam Ghazali, “tapi yang paling berat adalah memegang AMANAH, (Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak mampu memegang amanahnya.”

Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,”Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Ada yang menjawab, “Kapas, angin, debu, dan daun-daunan.”

“Semua itu benar,” kata Imam Ghazali. “Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan shalat.”

Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, “Pedang…”

“Benar,” kata Imam Al-Ghazali. “Tetapi yang paling tajam adalah lidah manusia”. Karena melalui lidah manusia ia bisa menyakiti hati dan melukai perasaan orang lain.” 

[Sumber: blogdemellizos]

Monday, December 22, 2014

5 KEMULIAAN PELIHARA SOLAT

Melakukan solat fardhu walaupun paling lama hanya lebih kurang sepuluh minit sahaja tetapi masih yang tidak menunaikannya. Malah ramai yang mengabaikannya kerana menganggap itu adalah urusan mereka dengan ALLAH. Terdapat tiga golongan yang menunaikan solat.

Golongan yang pertama terdiri daripada mereka yang tekun dan rajin menunaikan solat. Golongan kedua, mereka yang menunaikan solat ketika waktu lapang sahaja manakala golongan ketiga terdiri daripada mereka yang tidak ambil peduli sama ada mahu menunaikan solat atau tidak.

Golongan kedua dan ketiga inilah yang pernah dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadisnya yang bermaksud, “Akan datang kepada manusia suatu masa bahawa ada golongan manusia yang mendirikan solat padahal mereka sebenarnya tidak bersolat.”

Kalau kita rajin memerhatikan, pelbagai ragam dapat dilihat apabila seseorang itu menunaikan solat. Tidak kiralah sama ada solat berjemaah atau bersendirian. Tidak dinafikan ramai di antara kita kadang-kadang tidak faham apa yang dibacakan dalam solat. Mereka menghafal kalimah yang dipelajari tanpa mengetahui maksud ayat yang dibaca.

Ada juga yang bersolat kerana rakan bersolat sedangkan solatnya itu tidak pernah khusyuk. Mereka melakukan dalam keadaan terpaksa kerana malu dikatakan tidak bersolat tetapi sebenarnya ia dilaksanakan bukan dengan niat yang ikhlas.

Apa yang pasti, bukanlah satu perkara mudah untuk memelihara solat dengan penuh kesempurnaan seperti yang dituntut oleh agama. Namun, seseorang muslim perlu berusaha ke arah mendapatkan solat yang lebih sempurna. Antara caranya ialah berwuduk dengan sempurna, membaca setiap bacaan yang ditetapkan dengan hati dan difahami, memandang ke arah kiblat dan sebagainya.

Orang yang sentiasa memelihara solat akan dirahmati oleh ALLAH dengan cara dilapangkan kesempitan hidup, terselamat dari azab kubur, diberikan ketenangan fikiran, redha dan berlapang dada dengan apa yang ditakdirkan dan pelbagai kemuliaan yang lain.

Sebaliknya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja pula akan mendapat balasa setimpal dengan perbuatan itu. Kehidupan mereka sentiasa terumbang-ambing, rezeki mereka sempit, jiwa mereka keluh kesah dan resah gelisah serta wajah mereka tidak ada cahaya iman. Pada hari akhirat kelak, mereka akan diazab oleh ALLAH seberat-beratnya dengan api neraka yang marak menyala.

ALLAH SWT telah memberikan pelbagai bentuk rukhsah dan kemudahan kepada umatnya agar terus tekun mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekalipun. Contohnya, bagi mereka yang sakit dan tidak mampu berdiri, ALLAH beri kelonggaran untuk bersolat secara duduk, berbaring, hatta menggunakan kelopak mata jika keadaan mereka benar-benar kritikal. Begitu juga bagi wanita yang mengalami istihadah iaitu pendarahan yang bukan haid, mereka dibenarkan menjamakkan solat. Termasuklah juga mereka yang dalam musafir, boleh juga menjamakkan dan mengqasarkan solat.


Berdasarkan peruntukan yang disediakan ini, amatlah tidak wajar jika masih wujud umat Islam yang meninggalkan solat limat waktu. Mereka yang berani menentang arahan ALLAH SWT ini akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak. Oleh itu, peliharalah solat sebaik mungkin. Solat yang didirikan dengan sempurna dapat menghindari kita dariapda perbuatan keji dan mungkar. Ini adalah janji-NYA. Sesungguhnya DIA tidak pernah memungkiri janji.